Selamat Datang

Kami adalah pengedar sah Red-Kote®.

Sebarang pembelian boleh dilakukan di https://shopee.com.my/shahar66

www.facebook.com/saranglangchopshop

Pencengkam terkuat dan paling fleksibel untuk membaiki tangki minyak. Menutup kebocoran kecil dan menghindarkan karat dalam tangki besi. Digunakan lebih dari 1.5 juta kenderaan termasuk kereta, motorsikal, lori, bot dan kapal terbang. 

  • Red-Kote® telah diuji secara meluas dengan jayanya bersama E85 (85% Ethanol)
  • Sentiasa fleksibel : tak akan merekah atau terkopek
  • Tidak terjejas terhadap alkohol
  • Berwarna cerah : anda boleh lihat keputusannya
  • Menutup karat : menutup karat lama dan menghindarkan karat yang akan datang.
  • Menutup kebocoran : mengatasi kebocoran yang anda tidak nampak

Red-Kote® merupakan satu polimer salutan yang dibangunkan oleh Damon Industries yang kalis petrol, minyak diesel, alkohol, dan larutan minyak yang lain. Kegunaan utamanya untuk menutup kebocoran tangki minyak. Larutan seperti Methyl Ethyl Ketone (MEK), Acetone, Methylene Chloride dan Propylene Oxide akan melarutkan sepenuhnya polimer ini. Larutan industri yang lain tidak akan menjejaskan salutan polimer ini. 

Red-Kote® mudah digunakan jika mengikut arahan yang disediakan. Ia menutup banyak kebocoran yang selalu berlaku pada tangki. Anda boleh membaiki kebocoran yang nyata dan Red-Kote® menutup kebocoran yang tidak kelihatan. 

Karat akan terbentuk di bahagian dalam tangki minyak berpunca daripada kondensasi air yang terdapat di dalam petrol. Red-Kote® menyalut karat dibawah salutan supaya karat tidak jatuh ke laluan minyak yang akan menyumbatkan penapis atau menyebabkan kerosakan. Karat yang akan datang dapat dihindari.

Red-Kote® merupakan kaedah yang selamat dan pasti untuk menyelesaikan masalah anda. Red-Kote® juga memberi kelebihan yang tidak menjejaskan pemasangan semula tangki tersebut. Salutan luaran terutamanya fiberglass yang kadangkala terlalu tebal untuk pemasangan semula untuk strap dan bolts yang asli. 

Antara Kelebihan Red-Kote® yang spesifik adalah :

  1. Salutannya sangat fleksibel dan tidak mudah merekah seperti yang lain. Salutannya tahan lama. Tangki yang disalut pada 1984 masih lagi bertahan.
  2. Polimer dipilih secara spesifik kerana mempunyai kualiti cengkaman yang tinggi. Jika dibandingkan dengan jenama lain, Red-Kote® tidak akan tertanggal walaupun besi dibengkokkan. Ia mencegah salutan daripada tertanggal akibat getaran dan kemekan tangki tersebut.
  3. Red-Kote® kalis Menthanol. Dalam minyak yang mempunyai peratusan Methanol salutan akan luntur tetapi tetap akan terlekat rapat pada besi. Kebanyakan tank liners akan terlarut dalam Methanol kemudian menjadi bonjolan melekit pada plug fuel line.
  4. Red-Kote® mengering lebih pantas dan menjimatkan masa dalam menyalut, boleh dicairkan lagi dengan acetone jika mahu mengguna 2 salutan yang nipis.
  5. Red-Kote® sekata dengan baik.
  6. Red-Kote® likat dan hanya memerlukan satu salutan sahaja untuk berkesan malah menutup lubang sedalam 2mm secara berkesan.
  7. Warna merah salutan yang senang dilihat, anda tidak akan terlepas pandang ketika menyalut. Kebanyakan salutan yang lain berwarna lutsinar. Warna tidak akan terjejas atau luntur pada petrol bila kenderaan tidak digunakan pada jangka masa yang lama.

 

RK Manual1

Cara guna Red-Kote Ms1

RK Manual2

Cara guna Red-Kote Ms2

Gambatu

Gambatu adalah gam epoxi yang digunakan dalam industri marin bagi menampal lubang atau rekahan. Ianya mudah dan selamat digunakan kerana tidak menjejaskan cat dan rendah toksik.

Gambatu dibangunkan oleh Jepun bagi menggantikan damar yang mana pada masa kini amat sukar diperolehi. Ianya keras seperti batu, kalis minyak, kalis air dan tahan suhu panas.

Gambatu is a high performance tow component epoxy adhesive. Due to its good adhesion strength, it can use to bond, seal and fill to a wide range of similar or dissimilar material such as wood, metal, concrete, fiberglass, glass, ceramic, marble, some plastic and etc. It also has high mechanical strength and thermal resistance as well as resistance to numerous chemicals and a range of climatic conditions. These superior performance characteristics have gained wide acceptance as materials of choice for a multitude of structural application and protective coatings.

Gambatu pamplet2

Cara Guna Gambatu

SLC Fuel Tank Rust Remover

SLC FTRR adalah penghancur karat dan dan melindungi permukaan besi agar salutan(coating) dapat mencemkam dengan kuat.

SLC FTRR mengandungi degreaser, deruster & phosphatising of steel.

SLC FTRR excellent rust remover, corrosion protection and superior paint adhesion for ferrous surfaces.

FTRR pamplet2

Cara Guna Rust Remover